Assalamualaikum.. Hari nie 10 haribulan ogos 2009. Dah masuk 3 minggu majlis perkahwinan kitorang. (agypt & kay). Banyak giler rupernye kerja kawen punye kerja.. Penat giler wehh menyetelkan semua kerja. So post kali ni ada delay 3 minggu lah.hehe..

18 july 2009 merupakan permulaan hari baru untuk kitorang. Malam selepas solat isyak kitorang dinikahkan. Cuak jugak bila mengadap tok kadi malam tu.. Tapi besalah, stedey je malam tu. kontrol macho bila akad nikah.hehe.. Thanks banyak-banyak pada mak, abah, abang ramlan, kak shilah, my family, sedara-mara yang datang majlis pernikahan malam tu.. Thanks jugak pada kengkawan yang datang dari jauuuuuuhh sangat-sangat aspecially pada pijie, abe, salleh, hanis, zah, aira, dila, kema, adlina, syam, chik dan yanie.. Sanggup datang stay mersing 2 hari semata-mata nak attend majlis kahwin kitorang.huhu.. terharunye, tapi kitorang sorry sangat-sangat tak dapat nak luangkan masa lama-lama dengan korang semua. Tapi malam tu sempat jugak kitorang amek gambar sesama masa majlis berinai malam tu.

IMG_3184

Esoknye majlis bersanding lak. Majlis start lepas solat zohor dalam kol 2 petang. Majlis tu nak kena bersiap lagi. Macam-macam benda rupenye nak kena buat masa kawin. ingatkan tak penat, rupenye penat giler arr. Nasib baik lah masa majlis petang tu tak kena salin-salin baju. Kalau tak lagi ler penat giler. Pengajaran untuk bakal-bakal pengantin, jangan pilih baju pengantin banyak-banyak sangat sebab baju yang banyak-banyak tu akan memenatkan satu masa nanti.huhu.. dahler panas giler..

Abes majlis je ingatkan dah leh rehat-rehat. rupanya tak lah. Kalau nak ikutkan tradisi penganti kena cuci periuk belanga bila majlis selesai. Nasib baiklah sekarang ni tak berapa ikut tradisi, jadi kena basuh jugak.. tapi sikit je arr.. yang lebihnye orang rewang tolong cucikan.perrrgh.. tak larat nak cerita bebanyak sebab aku dah mula teringatkan keazaban menyetelkan kesudahan cerita satu majlis kawen..huhu..

Minggu depannya majlis menyambut tetamu kat rumah pengantin lelaki lak. Penat masa majlis kat mersing masih tak habes lagi dah nak kena uruskan majlis kat rumah aku lak.Hmm… Namanye pun majlis kawen, memang lah penat. Kalau kat rumah pengantin perempuan temanye warna biru, kat rumah aku lak temanya warna putih. See pict kat bawah.. ensem tak pengantin lelakinye.hehe.. pengantin perempuanye cute tak… ;p

IMG_3585

Majlis kat rumak pengantin lelaki selang seminggu selepas habis majlis kat rumah pengantin perempuan iaitu pada 26 july 2009. Majlis sambut menantu disatukan sekali dengan majlis persandingan akak shidah dengan pasangannye kamarulzaman. Pada hari ni mak aku dapat 2 orang menantu sekaligus. Seorang menantu perempuan seorang lagi menantu lelaki. Jadi bila dah dapat dua orang menantu sekaligus majlis kat rumah aku lagi ler ramai tetamu nak kena diuruskan. Jadi penat kesibukan majlis tu pun lebih lah sikit. Ape pun Thanks pada tetamu yang sudi hadir pada majlis menyambut menantu agypt&intan dan juga majlis persandingan akak aku shidah&kamarulzaman.

IMG_3613

IMG_3614

IMG_3739

Thanks pada kengkawan yang sudi datang pada majlis kat kota tinggi. Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak tunjukkan tapi tak cukup masa coz upload gambar nih lame sangat la..penat tunggu.

Kalau nak tengok gambar lagi banyak gi lah site ni ea.. ( http://rnzphoto.fotopages.com