My wedding day.. :) Monday, Aug 10 2009 

Assalamualaikum.. Hari nie 10 haribulan ogos 2009. Dah masuk 3 minggu majlis perkahwinan kitorang. (agypt & kay). Banyak giler rupernye kerja kawen punye kerja.. Penat giler wehh menyetelkan semua kerja. So post kali ni ada delay 3 minggu lah.hehe..

18 july 2009 merupakan permulaan hari baru untuk kitorang. Malam selepas solat isyak kitorang dinikahkan. Cuak jugak bila mengadap tok kadi malam tu.. Tapi besalah, stedey je malam tu. kontrol macho bila akad nikah.hehe.. Thanks banyak-banyak pada mak, abah, abang ramlan, kak shilah, my family, sedara-mara yang datang majlis pernikahan malam tu.. Thanks jugak pada kengkawan yang datang dari jauuuuuuhh sangat-sangat aspecially pada pijie, abe, salleh, hanis, zah, aira, dila, kema, adlina, syam, chik dan yanie.. Sanggup datang stay mersing 2 hari semata-mata nak attend majlis kahwin kitorang.huhu.. terharunye, tapi kitorang sorry sangat-sangat tak dapat nak luangkan masa lama-lama dengan korang semua. Tapi malam tu sempat jugak kitorang amek gambar sesama masa majlis berinai malam tu.

IMG_3184

Esoknye majlis bersanding lak. Majlis start lepas solat zohor dalam kol 2 petang. Majlis tu nak kena bersiap lagi. Macam-macam benda rupenye nak kena buat masa kawin. ingatkan tak penat, rupenye penat giler arr. Nasib baik lah masa majlis petang tu tak kena salin-salin baju. Kalau tak lagi ler penat giler. Pengajaran untuk bakal-bakal pengantin, jangan pilih baju pengantin banyak-banyak sangat sebab baju yang banyak-banyak tu akan memenatkan satu masa nanti.huhu.. dahler panas giler..

Abes majlis je ingatkan dah leh rehat-rehat. rupanya tak lah. Kalau nak ikutkan tradisi penganti kena cuci periuk belanga bila majlis selesai. Nasib baiklah sekarang ni tak berapa ikut tradisi, jadi kena basuh jugak.. tapi sikit je arr.. yang lebihnye orang rewang tolong cucikan.perrrgh.. tak larat nak cerita bebanyak sebab aku dah mula teringatkan keazaban menyetelkan kesudahan cerita satu majlis kawen..huhu..

Minggu depannya majlis menyambut tetamu kat rumah pengantin lelaki lak. Penat masa majlis kat mersing masih tak habes lagi dah nak kena uruskan majlis kat rumah aku lak.Hmm… Namanye pun majlis kawen, memang lah penat. Kalau kat rumah pengantin perempuan temanye warna biru, kat rumah aku lak temanya warna putih. See pict kat bawah.. ensem tak pengantin lelakinye.hehe.. pengantin perempuanye cute tak… ;p

IMG_3585

Majlis kat rumak pengantin lelaki selang seminggu selepas habis majlis kat rumah pengantin perempuan iaitu pada 26 july 2009. Majlis sambut menantu disatukan sekali dengan majlis persandingan akak shidah dengan pasangannye kamarulzaman. Pada hari ni mak aku dapat 2 orang menantu sekaligus. Seorang menantu perempuan seorang lagi menantu lelaki. Jadi bila dah dapat dua orang menantu sekaligus majlis kat rumah aku lagi ler ramai tetamu nak kena diuruskan. Jadi penat kesibukan majlis tu pun lebih lah sikit. Ape pun Thanks pada tetamu yang sudi hadir pada majlis menyambut menantu agypt&intan dan juga majlis persandingan akak aku shidah&kamarulzaman.

IMG_3613

IMG_3614

IMG_3739

Thanks pada kengkawan yang sudi datang pada majlis kat kota tinggi. Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak tunjukkan tapi tak cukup masa coz upload gambar nih lame sangat la..penat tunggu.

Kalau nak tengok gambar lagi banyak gi lah site ni ea.. ( http://rnzphoto.fotopages.com

Now is the right time to buy!!! Thursday, May 7 2009 

Hari ni aku nak kongsi sikit pendapat tentang keadaan pasaran stock market kat negara kita nih. Macam tak percaya ajer.. Bulan nie ekonomi negara kita melonjak naik bagai nak gile. Tengok je lah indeks bursa malaysia. Secara keseluruhan kaunter untung mengatasi rugi. Kesan daripada pakej rangsangan ekonomi sebanyak 60 billion menunjukkan kesan sekarang. Bukan saja di dalam negara tapi di kebanyakan negara-negara asia keadaan yang sama berlaku.

Sekarang mungkin masa paling sesuai beli share sebanyak yang mungkin. Walaupun mungkin terlambat sikit sebab momentum kenaikan harga share dah mula sejak 3 hingga 4 minggu lepas. Sooooo……. Beli sekarang!!!! Jangan lepaskan peluang nak dapatkan Easy Money!!

Jom analisis sikit harga pasaran untuk LION Industries Sdn Bhd..

Market watch in 3 month period

Market watch in 3 month period

Berdasarkan daripada graft dalam julat 3 bulan bermula daripada 7 februari hingga 7 may 2009 dapat disimpulkan keadaan syarikat LION pada bulan februari adalah tidak memberangsangkan. Ini disebabkan oleh keadaan kemelesetan ekonomi dunia masih memberikan kesan kepada syarikat ini. Namun apabila pakej rangsangan ekonomi diumumkan iaitu sekitar hujung bulan march 2009, pasaran mula terangsang dan secara tidak langsung menarik pelabur untuk melabur ke syarikat di negara ini dan syarikat LION tidak terkecuali mendapat manfaat daripada kesan tersebut.

Jika diambil kira bermula daripada penghujung bulan march sehingga sekarang, harga untuk seunit saham naik daripada RM0.65 kepada RM1.19. kenaikan hampir seratus peratus (100%).

Situasi: Arif ada membeli 10 lot saham dengan harga RM0.65. Tiba-tiba arif bercadang menjual sahamnya sekarang. Jadi dia menjual saham dengan harga RM1.19. Berapa sepatutnya arif dapat daripada penjualan saham tersebut? Berapa keuntungan kasar untuk arif sebelum ditolak cukai, komisyen broker dll?

Pengiraan:

10 lot =1000unit. Arif beli dengan harga 10,000unitX RM0.65 = RM6500

Harga jualan untuk 10 lot= 10,000unitX RM1.19 = RM11900

Keuntungan kasar = RM11900-RM6500 = RM5400.

Kesimpulan: RM5400 dalam masa tak sampai dua bulan banyak tu… Walau bagaimanapun keadaan monentum harga pasaran yang semakin memberangsangkan sekarang ini tak semestinya akan berterusan. Mungkin situasi menggila sekarang ini akan berlanjutan 2 hingga 3 minggu atau bulan lagi, ataupun momentum seperti ini cuma seketika saja… Jadi, fikir betul-betul sebelum beli. paling penting Alert dan respons pada keadaan sekitar dari segi ekonomi, politik, luar dan dalam negara..

Huh… Panjangnye aku berkongsi pendapat aku. Walau apepun, Beli jangan Tak beli!!!!! Sape yang belum ada account, cepat-cepat pergi buat, pastu pergi cari remizer terdekat suruh dia book cepat-cepat. Saham naik nanti¬† jual dengan senyuman. Dah untung nanti jangan lupe member pulah.huhu..

Finally.. Thursday, May 7 2009 

Minggu ini aku akhirnya dapat tarikh sebenar utuk hari bersejarah aku dan dia. Rasanya dah dua bulan aku dok planning pasal tarikh aje. Emmm… rasanya orang laen tak ada lah sampai macam ni kot.. Mulanya nak buat bulan mei ni, tapi rasanya tak sempat. lepastu decide untuk buat bulan sembilan a week after hari raya, 25 haribulan sembilan. Tapi ada lak planning dalam planning yang tak berapa nak ikut plan. Kenape lah nak tunggu lepas raya, bukan ke masa tu orang nak beraya, Tah sape lah agaknye nak datang mase tu.huhu.. Bukan ke elok kalau buat sebelum puasa. Bulan puasa nanti boleh lah berpuasa sama-sama. Tahun ni dah boleh gaduh nak balik kampung siapa masa raya nanti. Tapi nasib baik lah kampung si dia tah jauh sangat daripada kampung aku..

Apa jadi kat aku punye schedule??.. huhu.. Tukar ler lagi.. Kali nie yang betul-betul punyer tarikh. (harap- harap tak tukar tarikh lagi).
Tarikh yang betul-betul punye betul adalah…… 18 dan 19 haribulan julai 2009 kat rumah si dia, dan majlis bertandang kat rumah aku 25, dan 26 haribulan julai 2009. Tarikh yang aku paling ngeri sekali besalah.huhu.. 18 haribulan yang sungguh-sungguh mencabar walaupun bukanye lama sangat pun…

Tarikh dah tetapkan tapi aku masih tak pergi lagi kursus kawen.. Emmm… Minggu ni baru nak pergi kursus. Leceh lah, kalau kat negeri lain kursus kawin tak panjang tapi kalau kat negeri johor ni panjang sikit. Banyak sikit syarat- syarat nak kena ikut. Banyak benda nak kena belajar.Emm.. Takpe lah, nanti kalau dah kahwin sikit sebanyak benda yang aku belajar tu guna jugak…. Tapi sebelum aku daftar kursus kahwin, aku dah terbeli tiket konsert Search. Jadual hujung minggu aku clash lah, diantara nak peri kursus kahwen atau nak pergi tengok konsert. Emm… mestilah tengok konsert lagi penting, tapi kawen pun penting jugak beb.. Pergi lah dua-dua sekali…..

Rugi siot dah beli tiket tapi tak pegi tengo, bukanye selalu dapat tengok amy search buat konsert dia. Jadual minggu ni padat sikit lah, siang pergi kursus kahwin pastu malam pergi tengok konsert search di awan biru.perrrgh.. Tak sabar sungguh. Kalau korang nak tau aku minat betul dengan lagu-lagu rock kapak nih.lantak arr orang lain nak cakap ape pun, tapii gua rock beb, Heh.

img_6140

Tiket Konsert Search

img_6142

Borang Kursus kahwin

Secara sinboliknya, siang hari aku pergi kursus kahwin dan malam aku pergi konsert search. Minggu nie aku betu-betul berkursus dan mencari (search) siapa diri aku yang sebenarnya sebelum melangkah ke alam baru…. Iye lah tu.. :p Semoga apa yang aku dapat dalam minggu ni berguna untuk aku pada masa akan datang.Amin…

Bulan berapa ea….? Sunday, Apr 19 2009 

f10cb8c0fc6fb054

Ikan lumbe-lumbe dengan mak die berchitchat.

Sekarang ni bulan empat kann… Emmm…. Bile ea..??? 25 haribulan okey tak nak buat…??. (Mak) Boleh aje nak buat…. Tak sibuk ke mase tu??.. (Mak) sibuk memanglah, tapi mak suke kalau lagi cepat…. tak cepat sangat ke?… (Mak) Takk… Tak lambat sangat ke… (Mak) Suke hati kau lahh…. Emmm… Kompom la ea 25 haribulan… (Mak) Okey, kompom… Errrrrr tak nak sponsor sikit-sikit.hehe.. (Mak) Aaahh, tak de maknanye, ko bagi mak lagi adelah…. Emmm yelah , kompom la ea 25 haribulan.huhu…..(Mak) Okey, ko pergi kursus cepat-cepat, nanti jabatan tu tambah lagi syarat kursus padan muke ko.. Emm……………………………………………………… Luv u Mak.

Malam Bulan Dipagar Bintang Tuesday, Apr 14 2009 

Hmmmm…… Malam nie bosan betul, dalam banyak-banyak channel yang Asterok ada TV2 yang agak oldskool jugak yang aku bukak. Bukannye ape, tersangkut pulak kat ceriter pendekar bujang lapok.huhu.. nostalgic sungguh malam nie. Neway, lagu-lagu nyanyian die masih sedap didengar dan masih ada “kick”. Daripada kecik sampailah ke besar panjang masih still tak bosan dengar lagu die.

Lagu malam bulan dipagar bintang ni romantic lah.. Mase gayut dengan si dia tadi tiba-tiba lak lagu ni bergema…

Malam Bulan Dipagar Bintang
Makin Indah jika Dipandang
Bagai Gadis Beri Senyuman
Pada Bujang Idaman

Belai Kasih Ingin Dimanja
Dengan Cumbuan Mesra
Untuk Pelipur Lara
Penawar Dik Asmara

Malam Bulan Dipagar Bintang
Tambah Seri Cuaca Malam
Murni Sungguh Ciptaan Tuhan
Bulan Bintang Lapu Alam

Andai Kata Bulan Menyepi
Bulan Tidak Berseri
Malam Menjadi Sunyi
Tidak Berseri Lagi

Suka dengar lagu nie memalam……..ūüôā

Happy anniversary… Thursday, Apr 9 2009 

**Post kali nie agak meloyekan tekak pembace-pembace, dinasihatkan tidak membaca post kali nie jika kurang persediaan mental (jiwang).. Tapi lantak ahh, aku punye suke arr, post nie aku yang punye.huhu…

Semalam saye dan cik kay menyambut anniversary kitorang. Dua hari lepas maka genaplah 2 tahun saye dan cik kay bergelar couple. Sekarang saya dan suruh mak saye masuk meminang dan sekarang dah jadi tunang saye. Insyaallah tahun nie akan jadi isteri saye yang sah.. Tak sabar rasenye nak tunggu masa tu. Kadang- kadang rasa macam tak percaye pulak saye boleh tackle die, saye bukannye handsome sangat. Dressing ala-ala kampong aje, tak berharta, nak mengayat gune ayat bunga-bunga lagi lah tak reti.Ntah lah.hmmm..

My lovely Girl

My lovely Girl

Kisah cinta kitorang bermula kat universiti kebangsaan malaysia terchenta, kat sana lah saye dengan muke tak malunye mempropose cik kay supaye jadi girlfriend saye. Nasib baik dia accept proposal saye.

Sebelum saya berani nak mempropose cik kay jadi GF saye dah lame saye usha dia, tapi dari jauh je lah. saye bukannye berani sangat. Nak usha pun bukannye boleh selalu coz kelas kitorang lain-lain tapi naseb baik ada ejan @ rossanizan satu kelas dengan die.. Jadi saye dapat lah jadual kelas ejan A.K.A jadual kelas cik kay (diorang satu kelas). ada lah peluang nak mengusha die. Emmm.. Tapi still tak ada peluang nak tackle.. Option lain yang saye ade masetu cume anis sorang aje.huhu.. dengan anis ler saye curi no HP cik kay. pastu ajak anis men boling (sambil ajak kay men boling skali). huhu.. Masetu lah saye sikit-sikit dekatkan diri dengan cik kay. panjangnye jalan cerita….. akhirnye saye beranikan diri ajak cik kay keluar dating.huhu.. Bile dia kata okey aje saye suke giler mase tu..

Date pertame tu saye terus aje propose cik kay.huhu.. beraninye.. mase berbual, cerita dengan cik kay saye rase selesa sangat. Semua yang cik kay cakap menyenangkan hati, perlakuan die sangat cantik, sangat sempurna kat mate saye.. jauh dalam sudut hati saye kate alangkah ruginye kalau orang sebaik dan seindah ini dapat kat orang lain.hmmmm….. sebab tu lah date pertame saye berani propose die. Bermula daripada itu saye terus jatuh cinte giler-giler dengan die. Nak yang terbaik untuk die, jage die sebaiknye dan taknak sia-siakan hidup dia. Saye nak membesar bersama dan jika dipanjangkan usia nak melalui hari tua bersama-sama.

Masa anniversary cik kay hadiahkan teddy bear besar.hehe.. firs time dapat teddy bear kaler pink. Teddy bear tu saye nak letak dalam keta biar die dok aje dalam tu. Nanti kalau saye nak keluar ada teddy pink temankan saye… Cayang thanks bagi teddy bear besarūüôā.

img_59901

Teddy Bear Pink

Sesungguhnye, saye sangat-sangat menchentai insan yang bername Intan Junaili (Kay). Saye berasa sangat bertuah kerana dikasih dan juga disayangi die dan Semoga rasa kasih dan sayang yang tercipta antara saya dan die akan berkekalan dan sentiasa mekar serta diberkati yang maha esa. Saye sayang cayang sangat-sangat..ūüôā

Selamat Menyambut Ulangtahun percintaan kita.

Transformasi diri Sunday, Mar 29 2009 

Semenjak dua menjak nih aku kurang sangat jenguk-jenguk blog aku nih.. Tah ada lagi ke tak , masih boleh aktifkan lagi ke tak blog aku nih.huhu.. hari nie terfikir lak nak mengupdate sesuatu.. Asik sesuatu aje, aku benci betul perkataan sesuatu.( contohnya masuk meeting buat sesuatu, monitor plant pun monitor sesuatu, atau buat sesuatu lah…). Ape aku dah merepek nie..  nasib baek blog aku ni masih boleh digunakan.huhu..

 

Tahun ni bermula dari awal tahu setelah aku buat kajian berdasarkan blog, friendster, facebook, dll… aku dapat buat rumusan ramai diantara kengkawan aku nih akan dan telah melakukan tranformasi diri.huhu.. Ada yang dah tukar kerja tapi still struggle dengan life baru, ada jugak planning nak mulakan hubungan baru tapi still takot-takot, ikatan baru (tunang) dan dah ada jugak yang siap sedia dengan planning melangkah kealam baru.huhu.. Umur diorang ni dah sampai tahap nak kena upgred pulak agaknye..

 

Aku?? Huhu.. Tak berubah langsung.. Semenjak dua menjak ekonomi dilanda kegawatan, hidup aku pun bertambah le kegawatannye.. Cuma nak kena struggle lebih lah lepas nie dan buat sesuatu…

 

Neway, tak kire arr ekonomi meleset ke tak tahu ni aku nak pilih tarikh yang paling sesuai sekali untuk majlis apetah namenye… Emm‚Ķ Minggu nie aku asik gado aje dengan cik kay‚Ķ Gadoh pasal tarikh mana yang paling sesuai. Emm.. kalau nak ikutkan hati aku nak aje pilih tarikh yang aku suke tapi banyak pulak yang nak kena pertimbangkan.. Setakat hari nie je ada lah dalam 5 hingga 6 proposal yang dipilih attach with detail dipropose oleh aku dan Cik Kay .. Tapi semua direject samada oleh aku atau cik Kay. Pemilihan daripada bulan mei, naik ke bulan jun, pastu naik ke bulan july, dan extend lagi ke bulan sept hingga ke December and akhir sekali tarikh berpusing balik jadi bulan april dan mei dan seterusnye‚Ķ huhu‚Ķ kalau camnie bila nak setel. Finally malam nie aku bawak proposal (Sebenarnye bukan proposal tapi surat arahan) yang betul-betul punye final tentang tarikh yang sepatutnya dipilih.huh.. Rasa- rasanya dalam proposal aku tu tulis berapa hari bulah hah??..

 

Apesal nak add new post sekarang ni sikit punyer susah hah?? Monday, Dec 29 2008 

Lamenye aku tak update new post, sampaikan nak mengupdate post baru pon dah tak reti.huhu.. apesal ler diorang ubah suaidiorang punyer dashboard. kan dah terkial-kial aku nak kena belajar semula…
Dah dekat dua bulan aku tak mengupdate blog nie, sebok lah ujung-ujung minggu ramai orang kawen.. tup-tup je dah lain, tapi takpe, pakcik belajo semula camner nak gunakan wordpress nie.hehe..
hari nie dah penghujung tahun 2008. tahun yang mencabar buat diri aku. tak tahu lah orang len, maybe besa-besa je kot.. Betapa pentingnya tahun nie pada aku takdapat aku gambarkan dengan kata-kata, tahun untuk memantapkan diri, membina base yang kuat untuk tahu-tahun akan datang, tahun untuk mula belajar erti kehidupan yang penuh dengan dugaan dan perit jerih dan macam-macam lagi lah.. Walaupun banyak lagi cita-cita tak tercapai @ terbuat tapi takpelah, aku puashati sebab aku dahpun buat yang terbaik dan yang termampu..
Sebelum aku mulakan cerita, aku nak buat wish dulu untuk tahun baru akan datang tahun 2009 dan juga awal muharram 1430… Ya allah, jadikanlah tahun-tahun mendatang dipenuhi dengan limpah kurnia dan juga rahmatmu, dimurahkan rezeki, dikurniakan dengan nikmat kesihatan, kebahagiaan, kesejahteraan, dan juga prosperity, serta kau bantulah hambamu ini untuk mencapai cita-cita yang belum lagi tercapai…amin!!
Agypt, Chayok2!!! 2009
Next week aku dah mulakan satu lagi langkah yang sangat penting dalam hidup , aku dah buat keputusan dan aku taknak menoleh ke belakang lagi.. setelah diambilkira semua perkara, pandangan, nasihat dan juga sunnah aku buat keputusan, aku telahpun mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati. Jadi setelah kedua orang tua aku masuk merisik, sekarang tibalah masa untuk ikatkan pertunangan. 21 Disember menjadi tarikh pilihan kitorang disebabkan tarikh itu je yang paling sesuai.

Emm… malas lah nak taip panjang-panjang, dah masuk asar ler pulak.huhu.. tengok je lah gambar kat bawah nie. (kurang ajarnye penulis blog nie)

img_1984

Sekitar majlis pertunangan

111img_1944

10

Obsesive Compulsive Disorder (OCD) Thursday, Oct 16 2008 

Banyak cara untuk tengok apa yang ada kat sebelah tapi tak tahu macam mana nak gunakanya.

Konfius!!!!!

Aku saje je letak tajuk post nie obsesive compulsive disorder (ocd), sebab aku baru je baca buku tentang penyakit psicologi nie. Macam ada kaitan dengan aku aje.huhu.. Malam nie aku rasa bosan giler, Kenapa tak boleh tido agaknye, maybee sebab siang tadi tak banyak kerja yang aku kena buat kat opis (tak ada kerja langsung). Stamina pun masih ada dan ditambah dengan cafe segelas jadi tak terdorong untuk tido kot.Hmm..

Malam yang sunyi ni buatkan aku terpikir macam-macam benda dalam kepala hotak aku nie. Macam- macam lah yang buatkan aku ter flashback semua benda yang dah jadi kat diri aku nie. Benda yang paling aku fikirkan buat masa sekarang nie ialah masa depan, cita-cita, dan impian. Macam manalah agaknya aku 5 tahun akan datang kalau aku tak sediakan foundation yang kukuh untuk diri aku ?. dapatke aku survive dalam lima tahun akan datang dan dalam kata lain berdikari atau independent tanpa bergantung pada ehsan orang lain? dapat ke dalam 5 tahun akan datang aku datangkan impak yang besar pada masyarakat.?? Ataupun aku masih lagi konfius macam gambar kat atau tu, walaupun ada banyak cara atau laluan yang oleh digunakan tapi oleh sebab kejahilan diri tak tahu macam mana nak manfaatkanya.

Kalau kat ofis aku orang panggil boss.¬†Kembang lah jugak lubang hidung, tapi patut¬†ke nak rasa bangga walaupun kita sebenarnya pun sama jugak macam yang lain, cuma makan gaji aje. kerja mengkayakan orang lain.¬†Kerja perah kepala hotak macam nak mampos, kena bangun pagi-pagi pergi kerja¬†hasilnya tiap-tiap hujung bulan dapat gaji. Dengan duit gaji yang kita dapat tu digunakan untuk bayar kereta, rumah, sara hidup dan untuk teruskan perjuangan hingga ke¬†hujung bulan seterusnya macam survival series. Rutin harian pun berulang, kerja macam nak mampos tiap hujung bulan dapat gaji¬†seterusnya….

Kengkadang aku terfikir nak buat movement membatasi kemampuan aku, tapi kengkadangtu rasa takut jugak kalau-kalau tak termampu nak harungi.  

Ape aku merepek memalam bute nie…¬†sebelum¬†tu mari kita hayati kata-kata hikmah di bawah nie.¬†

Jangan ikut sikap lembu (fitrahnya ada otak, tak ada akal, hidup hanya menilai makan, minum, shade, sex dan garam jilat jer..) DOK MAKAN DI RUMPUT SEBELAH SINI, DIA NAMPAK DARI JAUH RUMPUT SEBERANG JALAN LEBIH HIJAU, DIA PUN MENYEBERANG DAN RUPANYA BILA DAH BERADA DI SEBERANG DIA NAMPAK RUMPUT YANG SEBELAH TADI LEBIH HIJAU DARI YANG DIA NAMPAK HIJAU DARI KEJAUHAN, BEGITU LAH DIA BERULANG-ALIK HINGGA AKHIRNYA MATI DI TENGAH JALAN DI LANGGAR LORI…

Hero dan heroin Friday, Oct 10 2008 

Raya Bulan nie bertambah lagi ahli family aku. Bukan sorang tapi terus dapat dua orang anak buah sekaligus. Abang lan dapat sorang hero dan akak nanie pulak dapat sorang heroin. Tak sangka betol dapat dua anak buah dalam masa terdekat aje.¬† Raya tahun ni dah terpaksa ubah schedule. patutnya beraya kat kampung tapi sebab dapat dua orang anak buah sekaligus terbalik pulak situasinya. Orang kat kampung pulak datang rumah aku sebab nak melawat akak ipar dan akak nanie punye baby. Maka bersesak- sesaklah rumah aku dengan kunjungan tetamu sahabat handai, sanak saudara dan keluarga. Meriah kann…

Pict baby nurul ain. Heroin nanie dengan rahim

Diorang nie comel sangat. Kenape ye baby di malaysia ni comel sangat.Emm…. special interest diorang ni besalah, menangis sambil menyusu, Kebolehan diorang menangis tanpe henti bila berjaga malam, dan special ability diorang nie boleh tido berjam-jam tanpa rasa penat pun(kuat tido).huhu.¬†Kesian mummy and daddy diorang kena melayan diorang. Pict Hero abang lan aku tak sempat ambil sebab masih berapa hari umur dia, takut kacau dia nak tido lak. Nanti dia menangis. Walaupun baby ni suka sangat tido tak kira siang ataupun malam (orang cakap tido siang lama sangat tak elok) tapi aku tak kire jugak. Nak dukung jugak die.huhu.. geram je bila tengok kecomelan die. kacau die tido pastu boley ambil gambar die. hehe Jahatnye aku.

Oleh sebab tahun ni je anak buah aku dah bertambah dan tahun depan pun sudah pastinya anggota keluarga aku bertambah jadi secara logicnya nisbah per ang pow duit raya akan jadi lebih sedikit sebab terpaksa dibahagikan secara adil. Melainkan kalau gaji pakciknya bertambah besar dan juga bisness pakciknye bertambah maju mungkin duit raya tahun depan akan dinaikkan. Hmm..

Main bunga api masa malam raya

Macam final fantasy

Raya tahun nie meriah lah sangat. Dengan kehadiran 2 orang family member yang baru dan proses penyerapan seorang lagi family member baru pada raya tahun ni jadikan nya begitu bermakna. Anak buah yang ada tambah lagi kemeriahan hari raya. Bunga api haram yang aku beli tu diorang mainkan masa malam raya. Cantiknye.. Masa-masa ni teringat pulak zaman kecil aku buat meriam dimainkan pada bulan puasa untuk sambut hari raya. Tapi dah besar ni terfikir pulak bahayanya main meriam.huhu.. (main mercun dan meriam buatan sendiri adah mebahaya).

p/s: Kepada yang mengenali Selamat hari raya Mintak maaf jika ada tersalah silap sengaja ataupun tidak.  

p/s:Insyaallah tahun depan¬†bertambah lagi sorang ahli baru family aku.ūüôā

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.