Nak buat apa lepas nie?? Sunday, Jul 6 2008 

Jam menunjukkan 10.00malam. Aku dengan cik kay baru je abis bershopping beli handset baru untuk aku pakai masa kerja nanti. Shopping punye shopping dapat la handset sony ericsson yang harganya agak murah. Bukanya nak beli sangat tapi handset aku pakai sejak tahun 3 belajar di ukm sudah semakin nazak. Lampu handset tu dah rosak dan kalau bercakap lama macam ada bunyi nyamuk duduk dalam speaker, peliknye. Rasanya dah 3 bulan aku pakai handset lama aku tu tanpa ada lampu. huhu.. kedekutnye aku. 

Habis shopping nak buat ape?.. Memandangkan hari masih muda dan mata belum menunjukkan rasa mengantuk, ditambah pula aku ada bawak camera maka aku dan cik kay sepakat untuk pergi ke dataran bandaraya Johor Bahru. Kalau aku dah start pegang camera maka aktiviti malam tu lebih berkisar kepada ambil gambar. Lepak-lepak dataran bandaraya waktu malam memang rileks. Berlatar belakang selat tebrau dan bandaraya singapura. Cuaca malam tu agak elok jadi memang sesuai kalau nak tenangkan jiwa. Turun saja daripada kereta, terus je lepak-lepak dekat dataran. Sambil berborak satu demi satu gambar aku ambil. Cik kay pulak telah memberikan pose-pose yang agak menarik.hmm.. Pandai jugak die ni possing ea. Banyak jugak gambar yang diambil. Dengan keadaan kekurangan cahaya aku gunakan setting slow speed dan ISO tinggi tanpa menggunakan flash. Jadi gambar yang aku ambil tu tak berapa tajam. Walaupun gambar tu terang tapi  agak kasar disebabkan speed yang digunakan. Dan seperti biasa bila aku yang pegang camera jadi gambar untuk aku sendiri adalah samgat minimum.. (cuma beerapa keping saje). Ni le nasib siapa yang pegang camera.

Pose menarik oleh cik kay
Pose menarik oleh cik kay

Habis saje lepak-lepak dataran, terus balik rumah. Tapi sebelum tu singgah sekejap teluk danga, cambest je lepak sini. memang best pun, cuma dah lewat malam ni. Kalau ada banyak masa aku ingat nak pergi sini lagi lah, boleh dengar akustik sambil minum-minum tepi pantai. (tips untuk sape-sape nak pergi teluk danga, pergi malam best, sebab tak panas dan banyak aktiviti boleh buat). Disebabkan mata dah mengantuk masa tu, aku terus balik pasir gudang dan tak lupa hantar cik kay balik rumah. Huhu.. Buang masa betul aktiviti malam tu. Tapi tercapai jugak niat nak dapatkan handset  baru dan murah.

yey!! handset aku dah ada lampu. :)   

Budak kampong Saturday, Jul 5 2008 

Kehidupan mencari rezeki di Bandaraya agak chalenging. Selain daripada kesibukan kerja seharian, terlalu banyak benda yang perlu diberikan perhatian. Dalam mengejar cita-cita, dan juga impian tempat paling baik yang dapat berikan peluang sebegitu adalah di bandaraya besar dan tiada di kampung.  Walau bagaimanapun pada pendapat aku kehidupan di kampung jauh lebih seronok berbanding hidup di bandaraya. Walaupun di kampung tiada tempat hiburan seperti panggung wayang  dan juga pusat membeli belah seperti mana ditawarkan di bandaraya tapi duduk di kampung syiok!!

 

Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku setiap kali balik kampung. Untuk pengetahuan, kampung aku dengan Johor Bahru adalah 30km. Jadi bila-bila aku rasa nak balik kampung aku terus saja shoot balik kampung. Aku tak kira harga minyak dah naik ke tak, aku nak balik jugak. Aku pernah balik kampung jam 2 pagi menyusuri ladang kelapa sawit yang sunyi seorang diri cuma hanya aku tak selesa dengan bunyi bising dekat rumah sewa aku, aku tak boleh tido!!, jadi aku balik kampung untuk tido, dan balik Cuma untuk setengah hari sahaja .Hmm.. Balik kampung tenteram sikit jiwa.. lagipun dekat kampung ada banyak subjek untuk aku ambil gambar cantik-cantik (teringat pulak gambar belalang tersembunyi dalam bunga dan gambar lebah yang aku shoot).

 

Tak berapa lama lagi adalah musim buah. Jadi aku dah mula jengah-jengah buah rambutan, manggis, dan durian kat kebun bapak aku. Bila la agaknya nak masak nie. Kalau masak nanti aku nak borong semua bawak balik JB. Buah daripada kampung fresh. tak sama macam buah beli di shopping complex. Boleh petik daripada atas pokok lepastu terus saja makan. Di zaman kanak-kanak aku memang terror panjat pokok, dan keterroran tu aku bawa sampai sekarang. Budak kampung biasalah.

 

Kalau ada geng ramai dekat kampung aku suka sangat merempit keliling kampung.haha.. jangan salah faham, merempit dalam definisi aku adalah bermotosikal keliling kampung sambil menikmati keindahan alam. Dan lepas menikmati keindahan alam aku akan duduk di tepi jalan atau tembok sambil bermain gitar bersama rakan (aku tak berapa reti main gitar) mengasah bakat sambil menyanyikan lagu XPDC indah alam. Kalau korang nak tau ramai juga artis-artis dilahirkan dikalangan warga felda. Mungkin disebabkan oleh aktiviti mengasah bakat di tepi jalan sepertimana yang aku lakukan… panjangnye aku menaip, penat lah.. sambung cerita next post. J    

 

 

lebah

lebah

 

Belalang dalam bunga

Belalang dalam bunga

Sesi perjumpaan fotographer seluruh johor. Thursday, Jul 3 2008 

Jurugambar seluruh johor dan juga tetamu jemputan

Jurugambar seluruh johor dan juga tetamu jemputan

Perjumpaan fotographer seluruh johor telah diadakan pada 1hb june 2008 bertempat di hotel Good Hope skudai johor. Antara fotographer terlibat dijemput menjadi panel adalah saudara saiful nang (candid syndrome), fotokahwin.com, artcreative.com, cikgu mat (photographer oldtimer) dan juga otai-otai dalah industri fotograf ini. Perjumpaan merupakan kali pertama diadakan dan telah berjaya menghimpun lebih daripada 200 fotographer. Objektif utama perjumpaan kali ini adalah bagi membincangkan kos fotografi bagi setiap event yang diadakan. selain daripada melihat dan juga mengembangkan pasaran yang sedia ada. Dialog berlangsung bermula daripada 8 malam sehinggalah 1230 malam. oleh kerana ini adalah kali pertama seumpamanya diadakan di johor maka sesi dialog agak panas membincangkan isu semasa yang melanda dunia fotographer dan juga strategi-strategi akan digunakan bagi menghadapi cabaran tersebut. Industri ini semakin berkembang di selatan tanah air (johor region) dari semasa ke semasa. Pencapaian fotographer boleh dianggap membanggakan dan ia boleh diaggap satu industri yang berpotensi dan berdaya maju. selain daripada minat dan juga hobi, ramai diantara mereka yang terbabit dalam industri ini merupakan profesional dan juga ahli perniagaan yang berjaya menjalankan perniagaan dalam bidang ini dan menjadikan industri ini terus berkembang. Aku tertarik kepada perbincangan tentang penubuhan kelab fotografi. Sekarang ini di kawasan selatan boleh dikatakan tiada kelab fotografi yang wujud. oleh yang demikian, sekiranya kelab Fotografi dapat ditubuhkan dan disertai oleh otai-otai lama dalam bidang ini perkongsian idea dan teknik dalam menghasilkan gambar yang cun dalam berkarya dapat dikongsi bersama. selain daripada itu, kelab ini boleh dijadikan rujukan bagi pelawat dan juga pelanggan yang berminat bagi mendapatkan hasil karya fotographer di selatan tanah air.

~ berminat menjadi fotographer, berminat shoot senyuman, dan juga keceriaan di wajah~

 P/s: picture from http://blog.saifulnang.net/ 

Setahun penantian.. Sunday, Jun 29 2008 

Lion Group

Rasanya cepat masa berlalu, dah setahun melangkah kaki keluar daripada UKM untuk berkerja. Ramai kawan-kawan dah bertukar-tukar tempat kerja. Tapi aku masih dengan kerja pertama aku setelah keluar daripada UKM.Hmm.. Esok 30Hb june genaplah setahun untuk aku berkhidmat dengan Lion Group. Haha.. Macam tak percaya je aku dah kerja setahun dengan company yang tak glamer nie tanpa bertukar-tukar tempat kerja. Kerja yang aku tak pernah terfikir sebelum ni. Dalam masa setahun macam- macam benda dah jadi.. Pahit, manis, seronok, kecewa.. aku sorang je yang tahu.. 

Jadi apa future planning? tukar tempat kerja (rezume dah boleh letak setahun pengalaman), Start seriously dalam bisnes (experience dah sikit-sikit ada, modal boleh cari), kerja gomen (ramai jugak kengkawan yang kerja gomen), sambung belajar balik ataupun sambung berkhidmat untuk company nie untuk setahun lagi.hmm.. Apa-apapun thanks kepada Antara stell mills (lion Group stell divisyen) specially kepada Fauzie my boss yang garang tapi banyak membantu. Sebab dia la aku dapat kerja kat sini. Tapi sekarang dia dah berenti kerja sebab bisnes kat luar lagi menguntungkan.. sedey beb. 

Sepuluh tahun lagi macam mana la agaknya dengan hidup nie.. Berapa ramai agaknya kawan-kawan yang dapat jadi manager, CEO, pangkat DATO, ataupun bergaji besar sampai 50k sebulan dan macam-macam lagi lah yang gempak-gempak.

p/s: kalau ESOS tahun ni tak dapat bolehlah dipertimbangkan untuk cabut!! huuuu..

 

Minyak lagi. Let’s see what i got Sunday, Jun 22 2008 

Tadi aku terbaca coretan blog seorang rakyat malaysia tentang petronas, dan juga subsidi sebenarnya yang diberikan oleh kerajaan malaysia bagi menampung kos bahan bakar pada laman blognya http://kickdefella.wordpress.com . Kesahihanya? Korang pikir la sendiri..

 

Hujung minggu jalan-jalan kan best.. Sunday, Jun 22 2008 

Dah lama aku tak dapat bercuti hujung minggu sebab banyak tempahan wedding fotographer. Tapi minggu lepas tiba-tiba je tempahan cancel last minit. Emm.. Tak ada pape nak buat ok jugak kalau kuar jalan-jalan, lagipun bukan selalu dapat masa free macam nie. Hmm.. Nak pergi mana? tengok wayang then gi tepi pantai release tension.. Release tension pasal kerja, harga kos hidup makin naik, minyak petrol makin naik, etc (eksetra, eksetra, eksetra.haha).. Tak jauh pun jalan cuma kat area JB dengan pasir gudang je. Tapi ok lah jugak, nak pergi jauh lagi malas arr..

Tengok movie citer Kungfu panda.. hehe, kiut lah panda tu. Walaupun comel tapi still kuat. dapat kalahkan kucing Tailong yang jahat. Abes je tengok wayang makan-makan and terus je pergi pantai. Dulu aku ingat lagi ustaz aku cakap kalau selalu sangat pergi pantai ilmu senang hilang. Betul kot apa yang dia cakap tu, lepak-lepak tepi pantai bukan ilmu je yang hilang tapi tension dalam kepala pun hilang. lebih-lebih lagi bila ada orang temankan.. Hmm..  Kalau boleh nak lepak lama-lama kat sana. Hmm.. dengan suasana yang syahdu, angin bertiup sepoi bahasa, bunyi ombak yang menghempas, suara kanak-kanak keriangan..huhu(aku hidup dalam blues). Ada orang temankan???Emm.. Dia ni selalu je temankan aku bila sunyi, taktau nak buat apa, waktu susah, waktu senang.. macam-macam lagi lah.. Pergi jalan-jalan pun dia sudi temankan. Thanks :)

Banyak jugak Pict yang dapat dirakam tapi malangya gambar aku ada sikit je. Gambar sikit sebab aku gunakan camera DSLR yang orang lain tak reti gunakan.huhu.. Asik-asik aku amek gambar orang lain je.. hmm..  Nak mintak tolong orang lain ambikan gambar kitorang pun tak boleh. 

 

On the way nak ke Desaru. Tapi tak pergi Desaru, dah jauh tu. Cume pergi yang dekat-dekat aje.

 

 

 

 

 

 P/s: lepasni kalau jalan jalan aku taknak la bawak camera DSLR aku, nanti asik aku je yang kena amek gambo. Chessss, tak adil!! :p

Timbang kapal dilautan.. Sunday, Jun 22 2008 

Korang pernah tak terfikir kalau korang ditugaskan untuk menimbang berat kapal di lautan. Hmm.. sound interesting. Walaupun masa di UKM dulu aku tak pernah pun terfikir akan buat benda ni tapi bila dah kerja lain pulak jadinya. Bila aku ditugaskan menguruskan penerimaan sebuah kapal yang membawa raw material untuk diproses, aku terpaksa ambil tahu tentang cara nak timbang kapal. oleh kerana raw material aku ni bukan dihantar secara kontena tetapi secara pukal maka pengetahuan tentang marine survey diperlukan. Hmm.. macam mana la agaknye marine surveyor tu buat ye. Bayangkan la kalau kapal tu bawa 30000mt cargo dengan value cargo lebih daripada 50juta maka sikit kesilapan dalam bacaan final kapal boleh sebabkan kerugian atau keuntungan kepada company. Mencabar sungguh.

First time sibuk-sibuk kira draft survey (kira berat kapal) agak menarik jugak. Secound time buat rasa..Hmmm.. Penin la kepala nak naik bot supaya dapat baca draft kat tepi badan kapal tu. Third time.. Huh.. malas arr aku nak naik kapal lagi, mabuk laut la.. Terer jugak surveyor tu kira ye, respect arr kat korang. Until now apepun figure berat cargo yang surveyor bagi aku percaya je bulat-bulat.huhu.. naifnye aku.  

Ape punye kerja daa.. Belajar Electrical tapi kena uruskan kapal pulak, dah tak pasal-pasal kena amek tahu pasal marine punya study. Uruskan production tu pun bukan gunakan electrical sangat pun.Huhu. Management je lebih (Buat sesuatu.., buat ape? Buat sesuatu lah..). Betul jugak kot ape yang lecturer kat universiti dulu cakap, kita bukan guna semuanya apa yang kita belajar, tapi cume part of it saja. yang lagi penting adalah menguruskan manpower/ staff, relation between staff, boss dan PR. Em… Banyak lagi yang kena belajar.  

My boss said Engineer diajar supaya menggunakan data hasil daipada keputusan yang diperolehi sebagai panduan dan juga guide untuk buat keputusan. Dan kalau dah buat keputusan tu kena la berani dengan apa yang akan terjadi dengan keputusan yang telah dibuat. Hmm.. Lagisatu my boss said.. “When you give an instruction to your subordinate makesure that what you are confident, although your descision is totally wrong then you have to be strong and makesure that you are able to change what they are thinking that is wrong is right”  (bereblit jugak kepala hotak aku pikir, bahasa mudahnye walaupun keputusan tu salah tapi pastikan keputusan yang salah tu sebenarnye adalah keputusan yang betul)..  Walaupun penyataan tersebut agak EGO, tapi banyak kebenaranya.. Think of it lah my friend.

p/s: “Obstacle are what you face when you lose sight of the goal”

 

Kerja Kerja Kerja…. haha. Monday, Jun 16 2008 

Kerja…. Hari-hari kerja. korang tak penat ke hari-hari kerja.huhu.

sepertimana lirik lagu meet uncle hussein.. “ kerja, bagai nak gila tak juga kaya.. kerja kalau tak kerja papa kedana.lalalala hari-hari kerja, lalalala bosan dengan kerja haha “. korang pernah tak rasa korang punye kerja sekarang tu membosankan ataupun tak best langsung kerja, rasa nak cabut je balik kampung, rasa macam nak bakar je kilang korang ataupun hepi sangat nak pergi kerja, bangun pagi je terus je semangat nak kerja aspecially hari isnin dan korang rasa bila sampai je kat pintu office terus membara semangat nak majukan company supaya masa depan terus success? huhu..

Aku? macam-macam perasaan bila kerja nie. Sometime rasa macam nak kerja sampai pencen kat company sekarang nie, maklumlah masa tu lepas je dapat gaji hepi la sekejap. Kadang kadang rasa macam nak kerja sungguh-sungguh, buat yang terbaik supaya company maju, semangat membara. Tapi kadang kadang tu kalau ada masalah bertimpa-timpa tak dapat setelkan rasa macam nak cabut je, esok bangun pagi terus taknak datang kerja atau bila dah sampai pintu gate macam nak patah balik rumah je ataupun Rasa nak bakar je kilang biar terus tak payah datang kerja, and sometime rasa macam nak langgar je manager yang tak best(selepas kena hentam dalam meeting).. Huhu.. Reality of life. Aku pernah dengar ceramah motivasi dr fazilah kamsah, dia cakap kalau nak buat kita ceria dengan kerja kita maka kita hendaklah suka dengan kerja kita.. Ajar diri kita suka sangat dengan kerja yang kita buat. dari situ datang perasaan sangat suka dengan kerja yang kita lakukan.

Emm.. Betul jugak apa yang dia katakan tu. Sebagai contoh Bill Gates sangat gemar mencipta barang atau peralatan berdasarkan apa yang dia belajar di universiti. disebabkan dia minat dalam bidang yang dia minat dan dia bersungguh-sungguh mengejar cita-cita dia finally dia berjaya dalam perniagaan dengan menubuhkan syarikat Microsoft. Lagi satu contoh macam gitaris man kidal, minatnya dalam bidang muzik diterjemah dalam bentuk kerjaya. Dia gembira dengan apa yang dia ada dan kekal lama dengan kerja yang dia minat, siap boleh jadi kaya raya. Hmmm… Moral of the story, kita kena minat dengan kerjaya dan juga bidang yang kita pilih. Walaupun kadang kala ada rasa nak giveup dengan apa yang kita buat. Realitikehidupan, tak semua orang bertuah dapat sepertimana yang diharapkan. Kerja yang best sebenarnya adalah kerja yang disukai oleh orang yang buat kerja itu dan tak semestinya kerja itu best buat orang lain yang tak minat kerja tersebut. Oleh itu, motivate yourself. Suka dengan kerja yang dilakukan dan teroka potensi yang ada dalam diri.  

USAHA!! Ape aku merepek ni citer pasal kerja..? Gilekah aku?

Varsiti Kita Sunday, Jun 15 2008 

Haritu aku dengar lagu-lagu lama dari laptop aku masa study dulu. saje je hilangkan rasa bosan lepas penat keja. tengah syok layan lagu tiba-tiba aje winamp aku play lagu varsiti kita. walaupun rakaman lagunye tak la sesuperb lagu lain tapi dah cukup buat aku rasa rindu kat ukm. Rindu dengan fakulti kejuruteraan, pusanika, rumah sewa,kawan- kawan seperjuangan….. Kali terakhir aku dengar lagu varsiti kita masa konvokesyen. Masatu bangga sebab berjaya mendapatkan segulung ijazah (sebenarnye tak gulung pun), dan masa itu mungkin kali terakhir dapat masuk DECTAR dan dengar lagu yang sama. Sekarang selepas hampir setahun berlalu, dah kerja, dah siap ada bisness, tiba-tiba macam terpanggil pulak nak balik UKM semula. gile ke ape aku nie?. Maybe kalau ada masa aku kena balik UKM sekejap lah, lepaskan rindu.. Tapi kengkawan kat sana dah tak ada lah, semuanya dah pindah tempat lain-lain. Jauh pulak tu. Hmm… To alll my colleague, my friends, miss U all.. 

p/s : Maybe JKEES student patut buat reunion setahun sekali. 

   

 

 

What is your objective Sunday, Jun 15 2008 

Apa objective dalam hidup ini?

Hari ini aku ditanya oleh seorang kawan.. “what is your objective in life before you die”. aku pun terus je fikir, belum pun sempat aku bagi jawapan kawan aku tu terus je cakap ” if you are saying that you wanted to be a bussinessman within 5 years in the future, you got your  own company and then you can be proud of  what you have achieve then you got an objective, but if you said that your are going to get RM5k or RM6K per month then you are still blurr for your objective”… “you are working everyday, you can earn 4k to 5k  per month but you are still working with somebody. that’s mean you are still dont have your objective in your life. you will be a passanger for the rest of your life” .. betul jugak kata kawan aku sorang tu.. Hmm.. tambahnya lagi “working everyday to get monthly income is just like a survivor series, work to get a monthly salary so you can survive for another month, being slave for a bank (paying monthly car, house ect instalment)” .. lain lain perbualan tak dapat ditulis dalam blog ni kerana terlalu panjang.. 

Kesimpulan daripada perbincangan ini adalah, Apakah objektif anda untuk masa hadapan anda? Adakah anda sudah berpuashati dengan apa yang dicapai sekarang?

Dah lama aku fikirkan tentang hal nie sebelum masuk universiti lagi. Apa objective aku dalam hidup ini?.. Jawapanya mudah sahaja.. Bussinessman, setup company, plan strategy jangka panjang, gunakan pengalaman dan knowledge yang ada, buat bersunguh-sungguh, berkorban masa tenaga dan duit, doa dimudahkan jalan, tawakal pasti berjaya.. insyaallah, objective akan tercapai… Bisness apa yang kau nak ceburi?? hehe.. Nobody know except me dan aku sedang berusaha kearah itu.. Betapa sukarnya jalan ke arah itu? Aku sorang je yang tahu… Kepada kengkawan yang membaca blog nie, Doakan kawanmu sorang nie berjaya.. To my girlfriend kay, Thanks to supporting me from the beginning, sorry abang terpaksa korbankan banyak masa kita sepatutnya bersama, love you so much. :).

« Previous PageNext Page »