Bestnye hari raya Friday, Sep 26 2008 

 

Minggu depan dah nak raya. Rasa macam sekejap aje sebulan puasa. Tahun lepas rasanya macam penat sangat nak penuhkan puasa sebulan dan alhamdulillah tahun ni aku tak injured ketika berpuasa macam tahun lepas. Tahun lepas je 3 hari aku kantoi puasa sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Masatu injured masa turun naik kapal tengah laut, mabuk laut, pening, demam dan terbatal puasa. Tapi dah ganti balik.hehe.. Semoga minggu- minggu terakhir ramadhan ni dapatlah settelkan dengan sempurna, Amin..

 

Mercun haram yang cantik

Mercun haram yang cantik

 

Jadi apa plan raya tahun nie?? Dekat company aku je ramai yang sibuk jual kuih-muih untuk raya. Tak ketinggalan juga jual mercun dengan bunga api seludup. Mentang-mentang lah dekat dengan pelabuhan johor senanglah diorang dapat supply. Kalau nak ikutkan hati nak jugak buat report so bolehlah dapat RM10K buat duit raya.haha.. Menarik jugaklah diorang ni punye offer jadi aku pun dengan tak sengaja dah beli 2 kotak bunga api untuk dimain masa raya nanti.huhu..

Baru je sekejap tadi aku dapat call daripada geng-geng UKM yang terpisah jauh. Geng-geng housemate aku masa kat UKM dulu (Ejan, Pawi, Carlosh, Yuyup @ ekal, fariz atan…). Yelah aku sorang je kat JB yang len sumenya kat KL, diorang plan raya tahun ni nak turun johor.Hmmm.. tak tahu lah, biasanya kalau plan selalunya tak jadi.kalau jadi bestnye dapat jumpe diorang sumernye. Kalau tak raya masing-masing ada komitmen lah, sibuk lah.. tah ape ape aje….

 

 Lagi satu rasanya paling penting nak dan kena buat jugak.. hehe.. hantar rombongan merisik ke rumah si dia.. Ada jugak yang tanye, kenapa tak bertunang aje terus?. Panjang betul ceritanya, tak reti dah nak menjawab. Asalnya tak nak buat upacara merisik nie. Tapi disebabkan nasihat daripada orang tua jadi aku pun hantar lah rombongan merisik nie. Lagipun adat kita orang melayu memang kena merisik dulu sebelum bertunang, lagi manis. Maybe reason yang paling tepat untuk upacara merisik ni lebih kepada memperkenalkan kedua keluarga yang sebelum ni belum pernah berjumpa apatah lagi bermesra. Lebih elok rasanya kalau pertunangan tu mendapat restu daripada kedua belah pihak keluarga dan tak ada sesiapa pun yang terasa hati dengan keputusan nie. Kat bawah ni aku ada postkan sekali gambar cincin (belah rotan ke kerat rotan ke aku tak tau arr ape nak sebut name dia)…hehe.

 

Cincin kerat ke belah rotan.?? cincin rotan lah. cincin sebelum disarungkan ke jari si dia

Cincin lord of the ring!!

 

Kepada sesiapa yang dah tulis comment post yang lepas tu terima kasi. Korang macam dapat tau je ape yang aku nak sampaikan. Bukanye ape takot giles siot!! Sesiapa yang baca Blog ni doakan lah ye apa yang kitorang rancang berjalan dengan lancar. Amin. 

What the neraka !!! Sunday, Sep 14 2008 

Aku baru je check Bursa malaysia, saham company aku bekerja lion industry jatuh lagi. Satu unit bernilai RM1.460. Malahan nilai saham Perwaja steel (Pesaing terdekat Lion) telahpun mengatasi nilai saham Lion industry.  Dalam masa satu bulan setengah sahaja nilai saham jatuh sebanyak 69 sen ataupun RM 0.690 daripada harga belian awal RM 2.150. Pada awalnya nilai ini dijangka akan naik sehingga RM 5.000 tapi keadaan sebaliknya terjadi. Kejatuhan ini juga bermakna kerugian kepada pemegang saham sebanyak 32 peratus ataupun dipanggil juga sebagai negative return kepada pelabur. Ekonomi company aku sekarang memang amat tidak menggalakkan dan ditambah pula harga besi mentah dan juga besi siap (core company bussiness) semakin merudum. Keadaan macam ni disebabkan banyak faktor, diantaranya adalah permintaan besi daripada negara china yang berkurangan terutama setelah sukan olimpik beijing tamat, penyenaraian perwaja steel sdn bhd ke main board bursa malaysia, politik negara yang semakin bergolak dan juga harga minyak yang mahal. Diharap selepas ini lion industri akan dapat bersaing dengan lebih agresif lagi dalam industri pembuatan besi dan diharap agar Lion industri dapat menaikkan nilai saham se unit bagi kepuasan pemegang saham.

Kesimpulanya adalah, kalau keadaan macam ni berterusan maka kebarangkalian untuk mendapat insentif yang banyak untuk bulan-bulan berikutnya berkurangan dan semakin rugilah pemegang saham.Huhu.. WHAT THE NERAKA!! @!%$#@^$%$!!!

P/S: Kalau tahu dulu lepas je dapat ESOS terus je jual.huhu.. %&*^ %^&* %$@#!!!! 

*Mintak Maaf banyak-banyak kalau blog ni digunakan untuk melepaskan geram.

Menghitung hari.. cepatnye dah nak raya. Sunday, Sep 14 2008 

Hari ni dah 14 september, means 14 ramadhan. Hari raya tak tinggal berapa minggu lagi aje. Jadi sekarang aku dah mula menghitung hari sebelum syawal menjelma. Raya tahun ni lain sikit daripada raya tahun yang lepas-lepas sebab aku dah family aku ada plan besar untuk dibuat. Takut jugak kalau apa yang dirancang tak seperti yang diharapkan. Preparation dak siap cuma bila preparation buat awal sangat jadi rasa gementar pulak yang datang..  Hmm..  Takpelah, my mom will take care the rest.hehe..

Fotographer Sunday, Sep 7 2008 

Aku minat betul dengan hobi fotografi. Tak tahu lah mana datangnya minat tu. Mungkin aku dah terlalu banyak gunakan otak kiri aku dalam buat kerja kejuruteraan. Aku patut gunakan otak sebelah kanan untuk imbangkan penggunaannya, sebab kalau aku tak imbangkan penggunaan otak kanan dan kiri kepala hotak aku boleh senget kot. Hmmm…. Tak kira lah apa alasan pun yang membuatkan aku berminat dengan hobi ni sebab aku memang suka dengan kecantikan, seni, senyuman dan warna-warna sekeliling aku dan kalau boleh setiap detik tu aku nak simpan dalam memori aku. Gambar yang cantik sahaja tak termasuk gambar ngeri yang aku tak suka. Aku berazam nak hasilkan gambar yang cantik dan unik pada pandangan perspektif aku. Tak kira lah sama ada orang lain anggap apa yang aku cakap cantik tu mengarut tapi itulah aku. Gambar yang aku suka tak semestinya gambar yang orang lain minat. Entah ape-ape aje aku nie.

Nak story sikit, ingat lagi masa semester 2 tahun 3 di UKM aku balik JB semata-mata nak ambil gambar orang kahwin. Masa tu ponteng kuliah selamber aje. Ambil gambar lagi penting daripada kuliah. haha… Sekarang pun aku masih lagi terbawa-bawa minat tu. Sanggup ambil cuti sebab nak ambil gambar orang kahwin. Bila company call selamber aje aku tak jawab telefon. Mr Boss nak marah pun lantak lah. Yang penting aku happy dapat ambil gambar, dan dapat sedikit side income. “Sorry lah boss, handset I tertinggal dalam kereta masa boss call haritu.” Jawapan standart aku bila aku tak jawab telefon company. Huhu.

Kalau nak ikutkan hati nak aje aku habiskan balance duit gaji aku beli equipment fotografi yang mahal-mahal tu tapi tak termampu lah pulak. Makin dalam minat makin banyak la pulak barang yang nak kena beli tapi aku tahan aje. Mula-mula beli body camera, lepastu beli lens dengan flash pulak. Bila nak gambar lagi cantik dengan shoot lagi artistik dah terfikir nak tambah lagi lens. Lama-lama penuh dengan equipment camera aje lah rumah aku yang kecik tu. Tu tak termasuk lighting, back drop, alatan studio yang tahpepetah.. Banyaknye.

Dalam minat nak ambil gambar yang cantik-cantik sebenarnya banyak perkara nak kena belajar. Belajar guna buku tak sama macam belajar lalu pengalaman orang lama. Memang banyak bezanya. Aku tengok kalau fotgrapher old skool tangkap gambar sungguh artistik dan cantik walaupun diorang cuma gunakan basic equipment aje. Kalau diorang gunakan equipment yang canggih-canggih jawabnya orang baru belajar tak boleh lawan lah. Eleh takpe.. next time gambar agypt ambik lagi cantik, lagi superb, dan lagi da bomb.

P/S: Cantik tak gambar kereta gen 2 kaler biru aku.hehe.

Another art work from agypt.

Selamat pengantin baru sya-sya.. Friday, Sep 5 2008 

Post ni sepatutnya aku dah tulis bulan lepas lagi tapi tak sempat. Tapi aku nak tulis jugak sebab dia ni geng aku bergaduh masa sekolah dulu-dulu. Belajar sesama satu kelas sampai tingkatan 5. Habis SPM masing masing bawa haluan sendiri. sekarang dah sampai masa dia nie berumah tangga pulak. Jadi aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia sepanjang hayat.

Berarak masuk ke rumah pengantin

Berarak masuk ke rumah pengantin


Majlis potong kek dan suap-suap kek


*Gambar bunga ni tak ada kait mengait dengan majlis kahwin. Cuma suke-suke je letak.

Bulan ni aje ada 2 orang kawan baik aku kahwin. Tak tau le kenapa  semenjak dua menjak ni ramai betul yang planning nak melangsungkan perkahwinan. maybe lah tahun 2008 tahun sesuai nak dirikan rumah tangga. “Ada ong”  Agaknye lah. Tahun depan pun sama, ramai yang dah planning nak kawin dan ramai jugak yang tengah berusaha bersunguh- sungguh kumpul duit nak kahwin.Hehe. Takut tak ada masa pulak nak luangkan masa datang kenduri kahwin nanti bila ramai-ramai plan kahwin serentak… Emm.. Cakap orang pulak, yang tulis blog ni bila tah pulak??…..

 

 

Selamat tinggal department lama, Here I come department baru.huhu Monday, Aug 25 2008 

 

Lama giler aku rasa berkhidmat dengan departmen aku nie. Sekarang ni aku nak set up balik hidup aku dan aku akan join departmen yang baru. Jadi aku terpaksa meninggalkan department lama aku atas beberapa sebab yang aku tak dapat elakkan dan sebab kelemahan diri, aku dah buat keputusan untuk keluar tinggalkan hot seat daripada departmen lama aku tu.huhu.. Sebab utama buatkan aku nak tinggalkan departmen ini bukanye sebab kerja tak best.. Tapi memandangkan tanggungjawab terlalu berat buat aku yang fresh ni pikul jadi aku tak sanggup nak hadapi tu semua. bagi lah pada orang lain yang memang berminat dengan jawatan aku ni. Aku tak kisah, asalkan aku bebas daripada anasir yang aku tak suka. Walaupun elaun aku terpaksa dipotong!! lantak arr.. Aku tak nak menyesal di kemudian hari. kepada rakan-rakan selamat tinggal.. (ceh! macam jauh sangat je nak tukar kerja). dan kepada supplier-supplier yang sentiasa berusaha dan mengejar aku setiap hari. babai!! lepasni jangan cari aku lagi, korang semua dah banyak menyusahkan hidup aku. Walaupun tutur mulutmu manis tapi aku takkan terpengaruh dengan janjimanismu yang berbelit-belit. Ko takkan berjaya untuk memujuk aku sampai ke akhir waktu aku berkhidmat dengan department ini, simpan lah semua tawaran-tawaran menarik ko tu (kengkadang tergugat jugak iman), korang offer pada orang baru yang take over tempat aku ni ye :p.. sumpah aku taknakk!!!!

Lepasni kena arr bukak buku balik study semula. Kepada kengkawan yang belajar power elektrik ataupun yang memang kerja bidang high voltage tu yang sudi memberikan tunjuk ajar, tolonglah bagi sedikit tips-tips berguna camner nak menghandle karen yang begitu tinggi.huhu, nanti taklah terkejut beruk bila buat kerja nanti. Harap- harap departmen baru aku lebih menarik dan tak banyak sangat songeh, aspecially daripada supplier-supplier yang tak sekolah tu.huh..  

 

Cuti yang sudah di approvekan.. Wednesday, Aug 20 2008 

Setiap hari isnin aje mesti banyak kerja yang bertimbun-timbun sapaikan nak makan pun tak sempat, kalau tak meeting, mesti ada kerja tak siap, kerja pending, dekat satu jengkal dokumen yang perlu di check dan di sign, henset bertalu-talu di call, ataupun kena panggil mengadap boss, takpun kena bagi ceramah atau motivation kat anak buah, dan juga kena ceramah sebab buat projek tak jalan..huh.. kejam sungguh hari isnin, macam-macam benda nak disetelkan. tensen punya pasal sebab kerja hari isnin jadi hari selasa aku apply cuti yang sangat panjang. Emm boleh ke nak cuti, projek tengah jalan, dahtu tak ramai orang yang boleh tolong monitor. Lantak arr, aku apply cuti jugak!!..

Hehe yang bestnye cuti aku telah di approvekan. aku plan nak cuti daripada hari khamis sampai hari selasa bulan ramadhan. Jadi boleh arr cuti panjang sambut merdeka, siap sambut awal ramadhan 2 hari lagi..huhu.. bestnye.. boleh arr lari sekejap daripada masalah kat tempat keja.. Jadi masa cuti 6 hari tu sebenarnya sangat bermakna bagi aku sebab masatulah aku merdeka sekejap daripada masalah dan bebanan kerja. dah lama sungguh rasanya aku tak bercuti dengan aman. Mintak-mintak la masa cuti nanti aktiviti akan berjalan seperti yang dirancang.. huhu.. kesian takk kat aku.. Hari ni dah hari rabu jadi kerja tak banyak.. soo bolehlah aku menjenguk blog aku dan postkan beberapa luahan hati, serta terjah blog-blog kengkawan pemblog.hikhik.. emm.. kerja dah tak banyak sekarang ni, so relevant lagi ke cuti yang aku dah apply disebabkan banyak kerja hari isnin tu?? ..  

Kalau arr aku ditakdirkan jadi boss kat company aku nie.. Monday, Aug 18 2008 

Minggu ni bizi giler arr.. hujung minggu pu nak kena datang kerja, tah apeapetah company aku nih.. kalau lah aku ditakdirkan jadi boss kilang nie, dengan serta merta aku arahkan semua pekerja tak payah datang kerja hari hujung minggu.. semua pekerja diarahkan lepak rumah aje ataupun keluar dating hujung minggu takkira arr dengan kekasih, tunang, orang rumah ataupun dengan kengkawan. lagi satu aku akan arahkan supaya bila dah balik rumah masing-masing jangan jawab telepon berkaitan kerja.. semua-semua tu tak meningkatkan produktiviti pun, watpe nak jawab talipon masa abis kerja.huhu.. sibuk aje. lagi satu paling penting, bila aku jadi boss company ni aku nak bagi bonus banyak-banyak pada pekerja. pekerja yang ceria dan bahagia kan dapat tingkatkan produktiviti. bagus untuk kesihatan company.huhu.. tapi tu semua kalau lah………………..  okey, chayok!!! sambung buat kerja!!

Haha.. lame giler aku tak mengarang.. Sunday, Aug 10 2008 

Lamanye aku tak post dalam blog aku nih. sampaikan ada orang tanya ”kenapa senyap aje. blog pun tak update”. sebenarnya aku agak malas untuk menaip lebih-lebih lagi bila banyak projek-projek aku yang tak siap dan tak banyak masa terluang. last 2 week aku punyer assistance resign jadi aku terpaksa buat kerja yang dulunya duat dua orang tapi sekarang kena buat seorang aje, tu yang sibuk bebenor tu, bila tah budak baru nak masuk isi tempat kosong, kalau macam ni ler gayanye lepaknye kerja. Emm.. kerja besalah, hari tak selalunya cerah.huhu.. Buat pengetahuan korang semua dalam sibuk-sibuk kerja sempat la jugak aku menduduki exam.  Peristiwa berlaku apabila aku telah diracun oleh supplier dan juga surveyor merangkap kawan baik aku untuk menduduki exam FMUTM. Alasan dia ” agip ko ni banyak songeh betul lah, cepat ar amek exam. name je belajo tinggi tapi otak malas pikir”. huh, tercabar aku. Memandangkan cuti masih banyak lagi boleh digunakan untuk belajo maka aku pun amek exam setelah study bertungkus lumus study.huu.. exam ni membolehkan aku mempunyai lesen yang sah daripada suruhanjaya security untuk menjadi UNIT TRUST CONSULTANT untuk Public Mutual.Haha.. ape aku dah buat nie? aku sekarang seorang engineer dan tiba-tiba sahaja bertukar rupa menjadi unit trust consultant.. hehe lawaknye. Walaupun aku baru je berjinak-jinak dengan unit trust, saham dan financial planning tapi ramai orang yang dah put trust kat aku sebagai consultant mereka yang mana aku kena jaga amanah tu dengan sebaiknya. TQ siapa yang percaya dan bagi peluang untuk aku laburkan duit diorang dalam unit trust. Harap- harap another 3 years diorang semuat dapat untung. Takpe lah, bukan rugi ape pun. Membantu orang kan satu amalan yang mulia lagi terpuji.  Untuk itu aku pun ada hobi baru tiap-tiap pagi iaitu check KLSI, Fund Price, dow jones dan tengok channel news asia bagi mengupdate diri tentang perkembangan ekonomi semasa mana lah tau kalau-kalau ada client tiba-tiba je tanye. Ahaks! tak macam engineer pun…. memang lah, aku memang suke buat kerja yang luar bidang, luas sikit pemandangan.huhu.. walaubagaimanapun kerja engineer seronok, walaupun banyak cabaran yang perlu dilalui.. (kadang- kadang banyak cabaran daripada seronok).. Emmm… Akhir sekali, doakan ye kawanmu sorang ni cepat baik daripada demam. Masuk ni dah 5 hari masih tak baik lagi dari demam.

Amaran!! Saturday, Jul 12 2008 

Kehulu-kehilir tak boleh tapi kalau duduk aje kat meja tapi pura-pura busy takpe.harharhar…. Kerja elok elok ye, jangan makan gaji bute aje kejanye.

« Previous PageNext Page »