Hari ni aku nak kongsi sikit pendapat tentang keadaan pasaran stock market kat negara kita nih. Macam tak percaya ajer.. Bulan nie ekonomi negara kita melonjak naik bagai nak gile. Tengok je lah indeks bursa malaysia. Secara keseluruhan kaunter untung mengatasi rugi. Kesan daripada pakej rangsangan ekonomi sebanyak 60 billion menunjukkan kesan sekarang. Bukan saja di dalam negara tapi di kebanyakan negara-negara asia keadaan yang sama berlaku.
Sekarang mungkin masa paling sesuai beli share sebanyak yang mungkin. Walaupun mungkin terlambat sikit sebab momentum kenaikan harga share dah mula sejak 3 hingga 4 minggu lepas. Sooooo……. Beli sekarang!!!! Jangan lepaskan peluang nak dapatkan Easy Money!!
Jom analisis sikit harga pasaran untuk LION Industries Sdn Bhd..

Market watch in 3 month period
Berdasarkan daripada graft dalam julat 3 bulan bermula daripada 7 februari hingga 7 may 2009 dapat disimpulkan keadaan syarikat LION pada bulan februari adalah tidak memberangsangkan. Ini disebabkan oleh keadaan kemelesetan ekonomi dunia masih memberikan kesan kepada syarikat ini. Namun apabila pakej rangsangan ekonomi diumumkan iaitu sekitar hujung bulan march 2009, pasaran mula terangsang dan secara tidak langsung menarik pelabur untuk melabur ke syarikat di negara ini dan syarikat LION tidak terkecuali mendapat manfaat daripada kesan tersebut.
Jika diambil kira bermula daripada penghujung bulan march sehingga sekarang, harga untuk seunit saham naik daripada RM0.65 kepada RM1.19. kenaikan hampir seratus peratus (100%).
Situasi: Arif ada membeli 10 lot saham dengan harga RM0.65. Tiba-tiba arif bercadang menjual sahamnya sekarang. Jadi dia menjual saham dengan harga RM1.19. Berapa sepatutnya arif dapat daripada penjualan saham tersebut? Berapa keuntungan kasar untuk arif sebelum ditolak cukai, komisyen broker dll?
Pengiraan:
10 lot =1000unit. Arif beli dengan harga 10,000unitX RM0.65 = RM6500
Harga jualan untuk 10 lot= 10,000unitX RM1.19 = RM11900
Keuntungan kasar = RM11900-RM6500 = RM5400.
Kesimpulan: RM5400 dalam masa tak sampai dua bulan banyak tu… Walau bagaimanapun keadaan monentum harga pasaran yang semakin memberangsangkan sekarang ini tak semestinya akan berterusan. Mungkin situasi menggila sekarang ini akan berlanjutan 2 hingga 3 minggu atau bulan lagi, ataupun momentum seperti ini cuma seketika saja… Jadi, fikir betul-betul sebelum beli. paling penting Alert dan respons pada keadaan sekitar dari segi ekonomi, politik, luar dan dalam negara..
Huh… Panjangnye aku berkongsi pendapat aku. Walau apepun, Beli jangan Tak beli!!!!! Sape yang belum ada account, cepat-cepat pergi buat, pastu pergi cari remizer terdekat suruh dia book cepat-cepat. Saham naik nantiĀ jual dengan senyuman. Dah untung nanti jangan lupe member pulah.huhu..