Minggu ini aku akhirnya dapat tarikh sebenar utuk hari bersejarah aku dan dia. Rasanya dah dua bulan aku dok planning pasal tarikh aje. Emmm… rasanya orang laen tak ada lah sampai macam ni kot.. Mulanya nak buat bulan mei ni, tapi rasanya tak sempat. lepastu decide untuk buat bulan sembilan a week after hari raya, 25 haribulan sembilan. Tapi ada lak planning dalam planning yang tak berapa nak ikut plan. Kenape lah nak tunggu lepas raya, bukan ke masa tu orang nak beraya, Tah sape lah agaknye nak datang mase tu.huhu.. Bukan ke elok kalau buat sebelum puasa. Bulan puasa nanti boleh lah berpuasa sama-sama. Tahun ni dah boleh gaduh nak balik kampung siapa masa raya nanti. Tapi nasib baik lah kampung si dia tah jauh sangat daripada kampung aku..
Apa jadi kat aku punye schedule??.. huhu.. Tukar ler lagi.. Kali nie yang betul-betul punyer tarikh. (harap- harap tak tukar tarikh lagi).
Tarikh yang betul-betul punye betul adalah…… 18 dan 19 haribulan julai 2009 kat rumah si dia, dan majlis bertandang kat rumah aku 25, dan 26 haribulan julai 2009. Tarikh yang aku paling ngeri sekali besalah.huhu.. 18 haribulan yang sungguh-sungguh mencabar walaupun bukanye lama sangat pun…
Tarikh dah tetapkan tapi aku masih tak pergi lagi kursus kawen.. Emmm… Minggu ni baru nak pergi kursus. Leceh lah, kalau kat negeri lain kursus kawin tak panjang tapi kalau kat negeri johor ni panjang sikit. Banyak sikit syarat- syarat nak kena ikut. Banyak benda nak kena belajar.Emm.. Takpe lah, nanti kalau dah kahwin sikit sebanyak benda yang aku belajar tu guna jugak…. Tapi sebelum aku daftar kursus kahwin, aku dah terbeli tiket konsert Search. Jadual hujung minggu aku clash lah, diantara nak peri kursus kahwen atau nak pergi tengok konsert. Emm… mestilah tengok konsert lagi penting, tapi kawen pun penting jugak beb.. Pergi lah dua-dua sekali…..
Rugi siot dah beli tiket tapi tak pegi tengo, bukanye selalu dapat tengok amy search buat konsert dia. Jadual minggu ni padat sikit lah, siang pergi kursus kahwin pastu malam pergi tengok konsert search di awan biru.perrrgh.. Tak sabar sungguh. Kalau korang nak tau aku minat betul dengan lagu-lagu rock kapak nih.lantak arr orang lain nak cakap ape pun, tapii gua rock beb, Heh.

Tiket Konsert Search

Borang Kursus kahwin
Secara sinboliknya, siang hari aku pergi kursus kahwin dan malam aku pergi konsert search. Minggu nie aku betu-betul berkursus dan mencari (search) siapa diri aku yang sebenarnya sebelum melangkah ke alam baru…. Iye lah tu.. :p Semoga apa yang aku dapat dalam minggu ni berguna untuk aku pada masa akan datang.Amin…
May 7, 2009 at 8:56 am |
wah…tahniah.da ditetapkan tarekh yer…cepat2 pi tempah semua mende…n jgn lupe wat kad cepat2..skrg da bulan 5.erk, 18julai gamaknyer aku tak dapek laaa bertandang…aku maybe dlm pantang ms tuh.huhuhu~gambar korang jaa laa menjadi tatapan aku.ok..pi kursus leklok.penting kursus tuh nak blaja selok belok hal rumah tangge.konsert tuh tak penting pon(ayat jeles…hahah)..ngeee~:P
ok..kem salam kay cun!;)
May 7, 2009 at 1:13 pm |
wehh..nk tket tuu!!!
tahniah jip..aku tggu kad ko. kem slm kay lawo! hehe
May 9, 2009 at 3:53 pm |
congratz agypt. tak sangkala korang nak kawen. rasa mcm baru jek semalam tau korang couple..ehehe. wes, nk pegi kursus nyempat lg ke nk pi konsert.ahaha. lantak kola gypt. nnti dah kawen ade anak kim salam jela nk pi sana. enjoyla puas2 skrg.
p/s: kim salam kat kay. lama gilerrr tak jmpa dia. miss her so muchhh!