Lamenye aku tak update new post, sampaikan nak mengupdate post baru pon dah tak reti.huhu.. apesal ler diorang ubah suaidiorang punyer dashboard. kan dah terkial-kial aku nak kena belajar semula…
Dah dekat dua bulan aku tak mengupdate blog nie, sebok lah ujung-ujung minggu ramai orang kawen.. tup-tup je dah lain, tapi takpe, pakcik belajo semula camner nak gunakan wordpress nie.hehe..
hari nie dah penghujung tahun 2008. tahun yang mencabar buat diri aku. tak tahu lah orang len, maybe besa-besa je kot.. Betapa pentingnya tahun nie pada aku takdapat aku gambarkan dengan kata-kata, tahun untuk memantapkan diri, membina base yang kuat untuk tahu-tahun akan datang, tahun untuk mula belajar erti kehidupan yang penuh dengan dugaan dan perit jerih dan macam-macam lagi lah.. Walaupun banyak lagi cita-cita tak tercapai @ terbuat tapi takpelah, aku puashati sebab aku dahpun buat yang terbaik dan yang termampu..
Sebelum aku mulakan cerita, aku nak buat wish dulu untuk tahun baru akan datang tahun 2009 dan juga awal muharram 1430… Ya allah, jadikanlah tahun-tahun mendatang dipenuhi dengan limpah kurnia dan juga rahmatmu, dimurahkan rezeki, dikurniakan dengan nikmat kesihatan, kebahagiaan, kesejahteraan, dan juga prosperity, serta kau bantulah hambamu ini untuk mencapai cita-cita yang belum lagi tercapai…amin!!
Agypt, Chayok2!!! 2009
Next week aku dah mulakan satu lagi langkah yang sangat penting dalam hidup , aku dah buat keputusan dan aku taknak menoleh ke belakang lagi.. setelah diambilkira semua perkara, pandangan, nasihat dan juga sunnah aku buat keputusan, aku telahpun mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati. Jadi setelah kedua orang tua aku masuk merisik, sekarang tibalah masa untuk ikatkan pertunangan. 21 Disember menjadi tarikh pilihan kitorang disebabkan tarikh itu je yang paling sesuai.
Emm… malas lah nak taip panjang-panjang, dah masuk asar ler pulak.huhu.. tengok je lah gambar kat bawah nie. (kurang ajarnye penulis blog nie)

Sekitar majlis pertunangan


