Aku baru je check Bursa malaysia, saham company aku bekerja lion industry jatuh lagi. Satu unit bernilai RM1.460. Malahan nilai saham Perwaja steel (Pesaing terdekat Lion) telahpun mengatasi nilai saham Lion industry. Dalam masa satu bulan setengah sahaja nilai saham jatuh sebanyak 69 sen ataupun RM 0.690 daripada harga belian awal RM 2.150. Pada awalnya nilai ini dijangka akan naik sehingga RM 5.000 tapi keadaan sebaliknya terjadi. Kejatuhan ini juga bermakna kerugian kepada pemegang saham sebanyak 32 peratus ataupun dipanggil juga sebagai negative return kepada pelabur. Ekonomi company aku sekarang memang amat tidak menggalakkan dan ditambah pula harga besi mentah dan juga besi siap (core company bussiness) semakin merudum. Keadaan macam ni disebabkan banyak faktor, diantaranya adalah permintaan besi daripada negara china yang berkurangan terutama setelah sukan olimpik beijing tamat, penyenaraian perwaja steel sdn bhd ke main board bursa malaysia, politik negara yang semakin bergolak dan juga harga minyak yang mahal. Diharap selepas ini lion industri akan dapat bersaing dengan lebih agresif lagi dalam industri pembuatan besi dan diharap agar Lion industri dapat menaikkan nilai saham se unit bagi kepuasan pemegang saham.
Kesimpulanya adalah, kalau keadaan macam ni berterusan maka kebarangkalian untuk mendapat insentif yang banyak untuk bulan-bulan berikutnya berkurangan dan semakin rugilah pemegang saham.Huhu.. WHAT THE NERAKA!! @!%$#@^$%$!!!
P/S: Kalau tahu dulu lepas je dapat ESOS terus je jual.huhu.. %&*^ %^&* %$@#!!!!
*Mintak Maaf banyak-banyak kalau blog ni digunakan untuk melepaskan geram.
September 16, 2008 at 10:42 am |
adehh..aku tak reti men saham nie..
Syukur la, at least ko dapat gak ESOS, aku tak dapek pun rituh sebab tak sampai setahun berkhidmat..Phuiiii!!!