Aku minat betul dengan hobi fotografi. Tak tahu lah mana datangnya minat tu. Mungkin aku dah terlalu banyak gunakan otak kiri aku dalam buat kerja kejuruteraan. Aku patut gunakan otak sebelah kanan untuk imbangkan penggunaannya, sebab kalau aku tak imbangkan penggunaan otak kanan dan kiri kepala hotak aku boleh senget kot. Hmmm…. Tak kira lah apa alasan pun yang membuatkan aku berminat dengan hobi ni sebab aku memang suka dengan kecantikan, seni, senyuman dan warna-warna sekeliling aku dan kalau boleh setiap detik tu aku nak simpan dalam memori aku. Gambar yang cantik sahaja tak termasuk gambar ngeri yang aku tak suka. Aku berazam nak hasilkan gambar yang cantik dan unik pada pandangan perspektif aku. Tak kira lah sama ada orang lain anggap apa yang aku cakap cantik tu mengarut tapi itulah aku. Gambar yang aku suka tak semestinya gambar yang orang lain minat. Entah ape-ape aje aku nie.
Nak story sikit, ingat lagi masa semester 2 tahun 3 di UKM aku balik JB semata-mata nak ambil gambar orang kahwin. Masa tu ponteng kuliah selamber aje. Ambil gambar lagi penting daripada kuliah. haha… Sekarang pun aku masih lagi terbawa-bawa minat tu. Sanggup ambil cuti sebab nak ambil gambar orang kahwin. Bila company call selamber aje aku tak jawab telefon. Mr Boss nak marah pun lantak lah. Yang penting aku happy dapat ambil gambar, dan dapat sedikit side income. “Sorry lah boss, handset I tertinggal dalam kereta masa boss call haritu.” Jawapan standart aku bila aku tak jawab telefon company. Huhu.
Kalau nak ikutkan hati nak aje aku habiskan balance duit gaji aku beli equipment fotografi yang mahal-mahal tu tapi tak termampu lah pulak. Makin dalam minat makin banyak la pulak barang yang nak kena beli tapi aku tahan aje. Mula-mula beli body camera, lepastu beli lens dengan flash pulak. Bila nak gambar lagi cantik dengan shoot lagi artistik dah terfikir nak tambah lagi lens. Lama-lama penuh dengan equipment camera aje lah rumah aku yang kecik tu. Tu tak termasuk lighting, back drop, alatan studio yang tahpepetah.. Banyaknye.
Dalam minat nak ambil gambar yang cantik-cantik sebenarnya banyak perkara nak kena belajar. Belajar guna buku tak sama macam belajar lalu pengalaman orang lama. Memang banyak bezanya. Aku tengok kalau fotgrapher old skool tangkap gambar sungguh artistik dan cantik walaupun diorang cuma gunakan basic equipment aje. Kalau diorang gunakan equipment yang canggih-canggih jawabnya orang baru belajar tak boleh lawan lah. Eleh takpe.. next time gambar agypt ambik lagi cantik, lagi superb, dan lagi da bomb.
P/S: Cantik tak gambar kereta gen 2 kaler biru aku.hehe.


September 8, 2008 at 10:43 am |
cantekkk!!!!!
September 9, 2008 at 9:56 am |
weh smart jugak kete ko..kaler dia lain dr yang lain…
minat camni harus dipupuk
boleh buat duit haha