Lamanye aku tak post dalam blog aku nih. sampaikan ada orang tanya ”kenapa senyap aje. blog pun tak update”. sebenarnya aku agak malas untuk menaip lebih-lebih lagi bila banyak projek-projek aku yang tak siap dan tak banyak masa terluang. last 2 week aku punyer assistance resign jadi aku terpaksa buat kerja yang dulunya duat dua orang tapi sekarang kena buat seorang aje, tu yang sibuk bebenor tu, bila tah budak baru nak masuk isi tempat kosong, kalau macam ni ler gayanye lepaknye kerja. Emm.. kerja besalah, hari tak selalunya cerah.huhu.. Buat pengetahuan korang semua dalam sibuk-sibuk kerja sempat la jugak aku menduduki exam. Peristiwa berlaku apabila aku telah diracun oleh supplier dan juga surveyor merangkap kawan baik aku untuk menduduki exam FMUTM. Alasan dia ” agip ko ni banyak songeh betul lah, cepat ar amek exam. name je belajo tinggi tapi otak malas pikir”. huh, tercabar aku. Memandangkan cuti masih banyak lagi boleh digunakan untuk belajo maka aku pun amek exam setelah study bertungkus lumus study.huu.. exam ni membolehkan aku mempunyai lesen yang sah daripada suruhanjaya security untuk menjadi UNIT TRUST CONSULTANT untuk Public Mutual.Haha.. ape aku dah buat nie? aku sekarang seorang engineer dan tiba-tiba sahaja bertukar rupa menjadi unit trust consultant.. hehe lawaknye. Walaupun aku baru je berjinak-jinak dengan unit trust, saham dan financial planning tapi ramai orang yang dah put trust kat aku sebagai consultant mereka yang mana aku kena jaga amanah tu dengan sebaiknya. TQ siapa yang percaya dan bagi peluang untuk aku laburkan duit diorang dalam unit trust. Harap- harap another 3 years diorang semuat dapat untung. Takpe lah, bukan rugi ape pun. Membantu orang kan satu amalan yang mulia lagi terpuji. Untuk itu aku pun ada hobi baru tiap-tiap pagi iaitu check KLSI, Fund Price, dow jones dan tengok channel news asia bagi mengupdate diri tentang perkembangan ekonomi semasa mana lah tau kalau-kalau ada client tiba-tiba je tanye. Ahaks! tak macam engineer pun…. memang lah, aku memang suke buat kerja yang luar bidang, luas sikit pemandangan.huhu.. walaubagaimanapun kerja engineer seronok, walaupun banyak cabaran yang perlu dilalui.. (kadang- kadang banyak cabaran daripada seronok).. Emmm… Akhir sekali, doakan ye kawanmu sorang ni cepat baik daripada demam. Masuk ni dah 5 hari masih tak baik lagi dari demam.
Haha.. lame giler aku tak mengarang.. Sunday, Aug 10 2008
Uncategorized 5:53 pm
August 11, 2008 at 3:21 pm |
agypt…aku mmg sokong pada siapa je yg join public mutual ni…drpd join MLM yang pelik-pelik kan…cuma keje ni, ko amek as part time, hati client kena jaga…knowledge pasal saham kene amek tau…habisla channel favorite ko pas ni bloomberg channel saje! anyway thanks for coming back to the blog world!!!wish u well daripada demam
p.s. tgh berkira2 nak datang jb sambil makan ketam masak black pepper! yay!
August 20, 2008 at 2:49 pm |
eh, aku cam berminat jer. kejap ko, kejap din citer pasal unit trust ni… cam menarik.