Selamat tinggal department lama, Here I come department baru.huhu Monday, Aug 25 2008 

 

Lama giler aku rasa berkhidmat dengan departmen aku nie. Sekarang ni aku nak set up balik hidup aku dan aku akan join departmen yang baru. Jadi aku terpaksa meninggalkan department lama aku atas beberapa sebab yang aku tak dapat elakkan dan sebab kelemahan diri, aku dah buat keputusan untuk keluar tinggalkan hot seat daripada departmen lama aku tu.huhu.. Sebab utama buatkan aku nak tinggalkan departmen ini bukanye sebab kerja tak best.. Tapi memandangkan tanggungjawab terlalu berat buat aku yang fresh ni pikul jadi aku tak sanggup nak hadapi tu semua. bagi lah pada orang lain yang memang berminat dengan jawatan aku ni. Aku tak kisah, asalkan aku bebas daripada anasir yang aku tak suka. Walaupun elaun aku terpaksa dipotong!! lantak arr.. Aku tak nak menyesal di kemudian hari. kepada rakan-rakan selamat tinggal.. (ceh! macam jauh sangat je nak tukar kerja). dan kepada supplier-supplier yang sentiasa berusaha dan mengejar aku setiap hari. babai!! lepasni jangan cari aku lagi, korang semua dah banyak menyusahkan hidup aku. Walaupun tutur mulutmu manis tapi aku takkan terpengaruh dengan janjimanismu yang berbelit-belit. Ko takkan berjaya untuk memujuk aku sampai ke akhir waktu aku berkhidmat dengan department ini, simpan lah semua tawaran-tawaran menarik ko tu (kengkadang tergugat jugak iman), korang offer pada orang baru yang take over tempat aku ni ye :p.. sumpah aku taknakk!!!!

Lepasni kena arr bukak buku balik study semula. Kepada kengkawan yang belajar power elektrik ataupun yang memang kerja bidang high voltage tu yang sudi memberikan tunjuk ajar, tolonglah bagi sedikit tips-tips berguna camner nak menghandle karen yang begitu tinggi.huhu, nanti taklah terkejut beruk bila buat kerja nanti. Harap- harap departmen baru aku lebih menarik dan tak banyak sangat songeh, aspecially daripada supplier-supplier yang tak sekolah tu.huh..  

 

Cuti yang sudah di approvekan.. Wednesday, Aug 20 2008 

Setiap hari isnin aje mesti banyak kerja yang bertimbun-timbun sapaikan nak makan pun tak sempat, kalau tak meeting, mesti ada kerja tak siap, kerja pending, dekat satu jengkal dokumen yang perlu di check dan di sign, henset bertalu-talu di call, ataupun kena panggil mengadap boss, takpun kena bagi ceramah atau motivation kat anak buah, dan juga kena ceramah sebab buat projek tak jalan..huh.. kejam sungguh hari isnin, macam-macam benda nak disetelkan. tensen punya pasal sebab kerja hari isnin jadi hari selasa aku apply cuti yang sangat panjang. Emm boleh ke nak cuti, projek tengah jalan, dahtu tak ramai orang yang boleh tolong monitor. Lantak arr, aku apply cuti jugak!!..

Hehe yang bestnye cuti aku telah di approvekan. aku plan nak cuti daripada hari khamis sampai hari selasa bulan ramadhan. Jadi boleh arr cuti panjang sambut merdeka, siap sambut awal ramadhan 2 hari lagi..huhu.. bestnye.. boleh arr lari sekejap daripada masalah kat tempat keja.. Jadi masa cuti 6 hari tu sebenarnya sangat bermakna bagi aku sebab masatulah aku merdeka sekejap daripada masalah dan bebanan kerja. dah lama sungguh rasanya aku tak bercuti dengan aman. Mintak-mintak la masa cuti nanti aktiviti akan berjalan seperti yang dirancang.. huhu.. kesian takk kat aku.. Hari ni dah hari rabu jadi kerja tak banyak.. soo bolehlah aku menjenguk blog aku dan postkan beberapa luahan hati, serta terjah blog-blog kengkawan pemblog.hikhik.. emm.. kerja dah tak banyak sekarang ni, so relevant lagi ke cuti yang aku dah apply disebabkan banyak kerja hari isnin tu?? ..  

Kalau arr aku ditakdirkan jadi boss kat company aku nie.. Monday, Aug 18 2008 

Minggu ni bizi giler arr.. hujung minggu pu nak kena datang kerja, tah apeapetah company aku nih.. kalau lah aku ditakdirkan jadi boss kilang nie, dengan serta merta aku arahkan semua pekerja tak payah datang kerja hari hujung minggu.. semua pekerja diarahkan lepak rumah aje ataupun keluar dating hujung minggu takkira arr dengan kekasih, tunang, orang rumah ataupun dengan kengkawan. lagi satu aku akan arahkan supaya bila dah balik rumah masing-masing jangan jawab telepon berkaitan kerja.. semua-semua tu tak meningkatkan produktiviti pun, watpe nak jawab talipon masa abis kerja.huhu.. sibuk aje. lagi satu paling penting, bila aku jadi boss company ni aku nak bagi bonus banyak-banyak pada pekerja. pekerja yang ceria dan bahagia kan dapat tingkatkan produktiviti. bagus untuk kesihatan company.huhu.. tapi tu semua kalau lah………………..  okey, chayok!!! sambung buat kerja!!

Haha.. lame giler aku tak mengarang.. Sunday, Aug 10 2008 

Lamanye aku tak post dalam blog aku nih. sampaikan ada orang tanya ”kenapa senyap aje. blog pun tak update”. sebenarnya aku agak malas untuk menaip lebih-lebih lagi bila banyak projek-projek aku yang tak siap dan tak banyak masa terluang. last 2 week aku punyer assistance resign jadi aku terpaksa buat kerja yang dulunya duat dua orang tapi sekarang kena buat seorang aje, tu yang sibuk bebenor tu, bila tah budak baru nak masuk isi tempat kosong, kalau macam ni ler gayanye lepaknye kerja. Emm.. kerja besalah, hari tak selalunya cerah.huhu.. Buat pengetahuan korang semua dalam sibuk-sibuk kerja sempat la jugak aku menduduki exam.  Peristiwa berlaku apabila aku telah diracun oleh supplier dan juga surveyor merangkap kawan baik aku untuk menduduki exam FMUTM. Alasan dia ” agip ko ni banyak songeh betul lah, cepat ar amek exam. name je belajo tinggi tapi otak malas pikir”. huh, tercabar aku. Memandangkan cuti masih banyak lagi boleh digunakan untuk belajo maka aku pun amek exam setelah study bertungkus lumus study.huu.. exam ni membolehkan aku mempunyai lesen yang sah daripada suruhanjaya security untuk menjadi UNIT TRUST CONSULTANT untuk Public Mutual.Haha.. ape aku dah buat nie? aku sekarang seorang engineer dan tiba-tiba sahaja bertukar rupa menjadi unit trust consultant.. hehe lawaknye. Walaupun aku baru je berjinak-jinak dengan unit trust, saham dan financial planning tapi ramai orang yang dah put trust kat aku sebagai consultant mereka yang mana aku kena jaga amanah tu dengan sebaiknya. TQ siapa yang percaya dan bagi peluang untuk aku laburkan duit diorang dalam unit trust. Harap- harap another 3 years diorang semuat dapat untung. Takpe lah, bukan rugi ape pun. Membantu orang kan satu amalan yang mulia lagi terpuji.  Untuk itu aku pun ada hobi baru tiap-tiap pagi iaitu check KLSI, Fund Price, dow jones dan tengok channel news asia bagi mengupdate diri tentang perkembangan ekonomi semasa mana lah tau kalau-kalau ada client tiba-tiba je tanye. Ahaks! tak macam engineer pun…. memang lah, aku memang suke buat kerja yang luar bidang, luas sikit pemandangan.huhu.. walaubagaimanapun kerja engineer seronok, walaupun banyak cabaran yang perlu dilalui.. (kadang- kadang banyak cabaran daripada seronok).. Emmm… Akhir sekali, doakan ye kawanmu sorang ni cepat baik daripada demam. Masuk ni dah 5 hari masih tak baik lagi dari demam.